Tuesday, 30 June 2015

english to malay dictionary - malaycube.com

english to malay dictionary/translator kegemaran rym adalah..



selalunya user akan diberi banyak pilihan terjemahan, maklumlah maksud perkataan boleh berubah mengikut ayat. kadang2 ada juga perkataan yang tiada dalam database, atau terjemahan mirip bahasa indonesia. namun, rym tetap rasa website ini sangat membantu. #kipidap
sebenarnya, website ini boleh juga terjemah bahasa melayu kepada bahasa inggeris.. tapi rym jarang cuba. ngee~

Baja KalFos

Larutan Baja KalFos (Kalsium + Fosforus) baik untuk sistem akar tumbuhan, menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Juga memperbaiki buah yang mudah merekah sebelum matang.


Bahan-bahan:
1. Kulit telur ayam (kalau rajin boleh ganti dengan kulit kerang, kulit lala, atau kulit siput)
2. Cuka organik (cuka nipah, cuka beras, cuka epal)
- Jika susah dapat, gunakan sahaja cuka makan.
Alatan:
1. Kuali
2. Botol
3. Cawan atau mangkuk

Kaedah:
1. Pecahkan cengkerang telur kepada saiz kecil
2. Goreng cengkerang telur itu sehingga warna hitam
3. Guna cawan atau mangkuk untuk mencampur hasil gorengan bersama cuka dengan nisbah 1:5 (cengkerang telur:cuka). Contohnya satu cawan kulit telur + 5 cawan cuka. Masukkan ke dalam bekas atau botol.
4. Buih-buih akan timbul. Biarkan sehingga buih itu hilang.
5. Tutup bekas dan simpan antara 20 hingga 30 hari.
6. Setelah itu tapis cecair KalFos.

Penggunaan:
1. 1 sudu makan cecair KalFos + 4 L air
2. Sembur pada daun pokok

Nota:
Pokok memerlukan kalsium bagi membina dinding sel yang kuat. Dinding sel yang kuat membolehkan pokok tumbuh subur. Buah yang dihasilkan pun lebih rangup. Hal ini juga membuatkan pokok lebih rintang serangan serangga perosak seperti belalang dan afid.


Kredit Puan Salina Shamsudin di Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.


Monday, 29 June 2015

dual-boot - a blessing in disguise

blessing in disguise.  rentetan kisah kena tulah, rym dah tahu kepentingan dual-boot system. malangnya masa tuh tiada ilmu di dada, sudahnya hardisk tetap tak dapat diselamatkan dan notebook breakdown selama lebih sebulan. bila dah dapat hardisk baru, rym bertekad untuk recall balik ilmu yang tak sempat hadam pada tahun 2010 dan mula ber-eksperimen. maklumlah sekarang dikurniakan sikit kelapangan masa.

compaq presario v3000
processor: intel core duo cpu, t2250 @ 1.73ghz
installed memory (ram): 1gb
system type: 32-bit operating system

low spec. notebook tahun 2006 dan beli secondhand pada tahun 2010. alhamdulillah jarang2 meragam. disebabkan pernah ikut shortcourse, notebook nih memang asalnya dual-boot windows dan ubuntu (version lama sangat, dah tak ingat). disebabkan kurang ilmu, lepas habis course memang jarang2 guna ubuntu sebab tak boleh detect device mobile broadband. masa tuh rym pon tiada masa nak belajar dan configure. bila windows crash baru2 nih, baru perasan yang ubuntu version tuh boleh aje detect wireless. haiyakk!
tikus membaiki labu. sebab tak cukup hardisk space, paksa juga untuk install ubuntu version terbaru, terus hardisk rosak. kesiannnn..

barang yang lepas usah dikenang.

sekarang, dalam proses untuk set dual-boot...



aja aja fighting. semoga berjaya!

Arabic Alphabet

sempena ramadhan almubarak, mari ulangkaji huruf2 al-Quran dan cara sebutannya. 
arabic alphabet terdiri daripada 28 abjad.


Sunday, 28 June 2015

online video converter - convert2mp3.net

online video converter kegemaran rym adalah..

website ini boleh muat-turun video dari youtube, dailymotion, vevo, clipfish.


user boleh pilih kualiti video format mp4 yang ingin dimuat-turun, namun bagi kualiti hd bergantung kepada format asal video. bagi mv, rym selalu pilih 360p sahaja, saiz file tak terlalu besar dan just nice aje bila layan di smartphone. 


bukan sahaja boleh muat-turun video, website ini juga boleh convert video tersebut kepada format file audio mp3 dan tag file tersebut.

 

Friday, 26 June 2015

Korean Alphabet - Introduction

korean alphabet (known as hangeul) consist of:
  • 14 consonants
  • 5 double consonants
  • 10 vowels
  • 11 double vowels


Bismillah

kisah beberapa bulan lepas.. hardisk crash, corrupt dan pergi tak kembali bersama2 segala notes, files, videos, photos, bookmarks, etc, yang telah dikumpul selama beberapa tahun. lepas reda merintih hiba, rym pula kena bebel sebab tak aware pasal cloud. baiklah! untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali.. wujudlah blog ini, sebagai tempat rym parking ilmu.
Bismillah!